Hi bloggie… Hari nie aku nak share sikit pasal kisah cinta aku dengan hubbyJ. Terasa nak share cerita nie dengan semua…
Aku berkenalan dengan si dia yang telah menjadi suamiku kini melalui Friendster , masa tue aku baru berumur 19 tahun, masih baru lagi dengan semua benda mengenai internet.
Mulanya hanya menjadi kawan melalui FS, hehehe… bertanya khabar pun melalui FS.
Lama kelamaan akhirnya kami menjadi rapat dan bercouple. Pada awal perkenalan melalui FS aku menyangkakan dia berbangsa cina kerana wajahnya iras cina.
Terkejut juga bila dia mengatakan bahawa dia berbangsa iban J. Sejujurnya, terasa takut nak berkawan dengan dia, nak kata fobia tak la juga mungkin lebih sesuai aku katakan ingin berhati hati dengan dunia luar sebab aku bukan jenis org yang social sangat.

Dalam tempoh 2 tahun kami telah menyemai cinta bersama. Hubungan kami baik dan hubby telah membawa aku bertemu dengan parents nya pada new year 2010. First time aku bertemu dengan parents hubbyku. Tapi masa tue bukan berdua aje, kawan2 hubby ada ikut sekali kita orang kiranya berkunjung untuk menyambut New Year. So tak la rasa nervous sangat.
Hubungan kami tidak la perfect sangat, setiap hubungan percintaan tidak akan terlepas daripada halangan dan cabaran. Setiap pahit manis kami tempuh bersama. Dan biarlah ianya menjadi rahsia…Aku bersyukur kerana hingga ke hari ini kami masih lagi bersama dan kami telah mengukuhkan ikatan ini sebagai suami isteri.
Pada tanggal 14 March 2011 aku telah sah menjadi seorang isteri. Terasa tidak percaya dan bagaikan mimpi bila aku telah bertukar status J. Kami sah menjadi husband and wife.
AKU berharap dan berdoa agar ikatan ini akan kekal untuk selamanya. Semoga tuhan sentiasa memberikan kebahagiaan kepada ku dan hubby. Setiap rintangan yang mendatang semoga dapat kami tempuhi dan harungi bersama. Readers pray the best for us… Thanks J

No comments:
Post a Comment